Pasar raya diingatkan tidak paksa pelanggan pakai topeng muka

PUTRAJAYA,. Pasar raya diingatkan tidak menggunakan undang-undang sendiri dengan membuat larangan kepada pelanggan yang tidak memakai topeng muka daripada masuk ke premis mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dari segi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan prosedur standard operasi bahawa pemakaian topeng muka bukan sesuatu perkara yang wajib dan menjadi kesalahan jika tidak berbuat demikian.

“Saya berharap pihak pasar raya tidak mengambil undang-undang sendiri dengan buat larangan bertentangan peruntukan bawah akta dan peraturan.

“Tidak boleh masuk, halau keluar dan terpaksa balik rumah dulu (memakai topeng muka). Perkara itu tidak boleh sebab tidak masuk bawah akta dan peraturan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas masih terdapat pengusaha atau pemilik pasar raya tidak membenarkan pelanggan masuk disebabkan tidak memakai topeng muka.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, kerajaan mengalakkan rakyat memakai topeng muka dengan keselamatan diri sendiri terutamanya yang bergelaja diwajibkan menggunakannya.

Justeru beliau mencadangkan supaya pasar raya menjual topeng muka kepada pelanggan yang tidak peralatan itu pada kadar harga RM1 ke RM1.50.

“Namun, jangan berniaga dan memaksa pelanggan membeli sekotak,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )