Mom lulus bantuan kewangan untuk 30 ahli Naungannya

Mom lulus bantuan kewangan untuk 30 ahli Naungannya

KUALA LUMPUR,. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersetuju untuk memberikan geran kepada 23 ahlinya dan tujuh ahli bersekutu OCM yang terjejas oleh wabak COVID-19.

MOM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM meluluskan geran berjumlah RM265,000 kepada 30 persatuan sukan kebangsaan (NSA) dengan maksimum RM10,000 untuk setiap NSA.

Badan induk sukan itu berkata geran berkenaan akan disalurkan minggu depan.

Terdahulu, MOM telah menyediakan Dana Khas Covid-19 untuk membantu NSA dengan perbelanjaan pentadbiran mereka pada saat pembatalan dan ketidakupayaan untuk menganjurkan acara sukan khususnya telah menjejaskan aliran pendapatan mereka.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )