Kes COVID-19 kekal di bawah 2,000 selama dua minggu

Kes COVID-19 kekal di bawah 2,000 selama dua minggu

KUALA LUMPUR,. Jumlah kes baharu COVID-19 yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam di Malaysia terus merekodkan penurunan di bawah 2,000 kes selama dua minggu, dengan 1,576 kes dilaporkan hari ini.
Kali terakhir jumlah kes baharu mencatat lebih 2,000 kes adalah pada 5 Mac dengan 2,154 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 330,042, manakala jumlah kes aktif pula ialah 14,360.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,565 merupakan kes tempatan melibatkan 867 warga tempatan dan 698 bukan warganegara sementara 11 lagi adalah kes import, iaitu lapan warga tempatan dan tiga bukan warganegara,” menurutnya dalam hantaran di akaun Twitter rasmi beliau.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak dua kematian direkodkan melibatkan warga tempatan dan 1,996 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 314,457.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )