Lebih 367,000 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 17 Mac

Lebih 367,000 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 17 Mac

KUALA LUMPUR,. Seramai 367,213 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan pemberian vaksin paling tinggi dengan 45,854 individu diikuti Perak (42,227); Sabah (36,443); Kuala Lumpur (33,500) dan Sarawak (32,665).

“Sementara itu di Johor 27,131 individu telah menerima dos pertama vaksin diikuti Pahang (26,574); Kedah (25,492); Pulau Pinang (22,037); Kelantan (17,904); dan Negeri Sembilan (15,958).

“Di Terengganu pula seramai 15,726 individu; Melaka (9,954); Perlis (8,795); Putrajaya (4,611); dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)