CBP umum dividen 6.5 peratus melibatkan agihan berjumlah RM104.79 juta

CBP umum dividen 6.5 peratus melibatkan agihan berjumlah RM104.79 juta

KUALA LUMPUR,. Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, melibatkan agihan berjumlah RM104.79 juta kepada lebih 92,000 anggota yang layak.

Pembayaran dividen bersih selepas potongan zakat itu telah dikreditkan ke akaun anggota yang layak bermula 2 Julai.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, agihan dividen itu mencerminkan prestasi kewangan bank yang lebih kukuh pada 2025 apabila mencatatkan keuntungan sebanyak RM131.15 juta, meningkat 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, CBP kekal komited untuk memberikan pulangan yang mampan kepada anggotanya di samping terus memperkukuh kedudukan kewangan bank.

Bagi tahun kewangan 2026, Khairil Anuar berkata CBP menyasarkan keuntungan sebanyak RM141 juta, disokong oleh pelbagai inisiatif pemasaran yang dirancang secara strategik bagi merangsang pertumbuhan perniagaan.

Beliau turut berkata kedudukan kewangan CBP dijangka terus diperkukuh menerusi penerbitan Structured Covered Sukuk melalui anak syarikatnya, Himayah Sukuk Berhad.

Menurutnya, penerbitan Sukuk itu dijangka meningkatkan lagi kedudukan dan kehadiran CBP dalam pasaran Sukuk negara, selain disokong oleh penarafan A3 dan P2 dengan prospek Stabil yang diberikan oleh RAM Ratings.

CATEGORIES
Share This