
Sarang ?elacuran ?arga ?sing ?isebu JIM
PUTRAJAYA,. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sarang pelacuran melibatkan warga asing di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Klang Sentral, Selangor hasil aduan awam dan risikan selama dua minggu.
Dalam operasi yang dijalankan pada 10.25 malam 1 Disember 2025, seramai 21 individu diperiksa dan 17 warga asing terdiri daripada lapan lelaki Bangladesh dan sembilan wanita Vietnam berumur 21 hingga 32 tahun ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa dan tiada dokumen sah mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Premis tersebut berselindung di sebalik syarikat pengurusan hartanah dan import eksport, dengan seorang warga Bangladesh bertindak sebagai ‘Kapten’ menguruskan kegiatan pelacuran serta mengutip bayaran RM50–RM80 bagi setiap pelanggan.
Wanita-wanita terbabit dianggarkan memperoleh RM400–RM600 sehari, manakala seorang lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Kevin’ dipercayai menjadi dalang utama.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut. JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menyalah guna pas, tinggal secara haram dan individu yang melindungi PATI. Operasi akan diteruskan bagi membanteras kegiatan tidak bermoral dan aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini.
-ABD RAHMAN
–SUMBER; JIM
