Rossi perlu sasar podium jika sertai PETRONAS Yamaha SRT

Rossi perlu sasar podium jika sertai PETRONAS Yamaha SRT

KUALA LUMPUR,. Andai Valentino Rossi menyertai pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) musim depan, ia bukan tiket untuknya ‘hanya menunggu waktu sebelum persaraan.’

Bagi pasukan kedua Yamaha itu, mereka mahu Rossi yang sudah mencecah usia 41 tahun mampu beraksi dengan baik selain berupaya memburu penamat di pentas podium.

“Jika tahun depan Rossi bersama pasukan, kami tidak mahu beliau hanya menamatkan kariernya bersama kami. Kami tak mahu itu hanya menjadi tahun finale untuk dirinya,” kata prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali.

“Kami mahu dia dapat melakukan dengan baik, boleh menunjukkan prestasi, kompetitif dan bersaing tempat di podium… saya fikir itu lebih utama.

“Bukan untuk beliau datang ke sini dengan (berfikiran), ‘okey ini tahun terakhir saya dan itu saja sebelum berakhir (karier).

“Jadi, sekiranya dia dapat menunjukkan pada usia sebegini dan masih kompetitif, maka apa saja boleh berlaku pada tahun itu… disambung kontrak atau apa-apapun dan ia boleh dibincangkan,” .

Rossi dikaitkan dengan pemindahan ke pasukan PETRONAS Yamaha SRT selepas pelumba mudanya Fabio Quartararo diangkat ke pasukan utama, Yamaha Factory Racing MotoGP bergandingan bersama Maverick Vinales pada tahun depan.

Justeru, andai menjadi realiti, kemasukan Rossi bakal menyaksikan dirinya bergandingan bersama anak didik beliau sebelum ini, Franco Morbidelli yang bagi pasukan adalah pelumba utama mereka.

“Keutamaan pada tahun depan adalah Morbidelli,” kata Razlan.

“Kami perlu memberikan yang terbaik dan sediakan apa saja yang diperlukannya dan itu adalah keutamaan kami. Morbidelli adalah pelumba tonggak untuk 2021.”

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )