Program Energy For Good satu inisiatif peringkat nasional MILO®

Program Energy For Good satu inisiatif peringkat nasional MILO®

PETALING JAYA,. MILO® telah berjaya melengkapkan tahun pertama program Energy For Good, satu inisiatif peringkat nasional yang bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, aktif dan mampan dalam kalangan belia Malaysia.

Pencapaian ini diraikan melalui satu majlis penghargaan yang diadakan di sini semalam, bagi mengiktiraf komitmen dan pencapaian sekolah, pendidik dan pelajar sepanjang tahun tersebut.

Dilancarkan pada April 2025, program Energy For Good merupakan sebahagian daripada agenda kelestarian jangka panjang Nestlé Malaysia dan MILO®.

Dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Tetra Pak Malaysia, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 250,000 pelajar di lebih 200 buah sekolah.

Teras program ini ialah sistem pengumpulan dan penebusan berasaskan mata, di mana sekolah mengumpul Pek Minuman Terpakai (UBC) untuk ditebus kepada peralatan sukan mesra alam atau perabot bilik darjah.

Setakat ini, pelajar telah mengumpul sebanyak 4.2 tan UBC, bersamaan 300,000 pek. Buat pertama kali, MILO® bekerjasama dengan AFN Sports Equipment untuk menukar pek minuman terpakai ini kepada peralatan sukan dan perabot, menjadikan usaha kitar semula lebih bermakna dan bermanfaat kepada sekolah.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Juan Aranols, berkata program ini menunjukkan kekuatan kerjasama.

“Tatkala MILO® meraikan 75 tahun di Malaysia, program Energy For Good menjadi contoh jelas bagaimana kerjasama dapat membawa perubahan bermakna, membolehkan generasi muda Malaysia menjalani kehidupan aktif sambil mempelopori kelestarian. Melihat pelajar mengumpul lima kali ganda lebih banyak daripada biasa membuktikan bahawa tindakan kolektif berkesan.

“Visi kami adalah untuk memperluaskan inisiatif ini ke seluruh negara dan melahirkan generasi yang mengamalkan kelestarian seiring dengan kecintaan mereka terhadap sukan,” katanya.

Pada majlis penghargaan itu, lapan sekolah telah diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka iaitu SK Panggong (Kelantan), SJKC La Salle (WP Kuala Lumpur), SJKC Beng Teik (Pulau Pinang), SK Sri Kelana (Selangor), SK Cheneh Baru (Terengganu), SK Taman Selasih (Kedah), SK Temerloh Jaya (Pahang) dan SK Putrajaya Presint 18(1). SK Putrajaya Presint 18(1) muncul sebagai juara keseluruhan dengan kutipan UBC tertinggi.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas, memuji inisiatif tersebut kerana berjaya memupuk kelestarian dan pembangunan sukan di sekolah.

“Kami menggalakkan semua sekolah untuk menyertai gerakan nasional ini dalam usaha mengubah kehidupan pelajar melalui sukan dan kelestarian,” katanya.

Beliau turut menonjolkan kejayaan seperti Puteri Marsya Darwisya Mazadi dari SK Durian Burung, Kuala Terengganu yang merangkul pingat emas pertamanya mewakili negeri Terengganu dengan bantuan peralatan sukan MILO®. Beliau juga mengiktiraf sekolah kitar semula terbaik, SJKC La Salle, Kuala Lumpur dan SK Putrajaya Presint 18(1).

Mewakili sekolah juara keseluruhan, Muhammad Sufian Ishak dari SK Putrajaya Presint 18(1) berkata pengiktirafan itu mencerminkan komitmen sekolah terhadap kelestarian.

“Melalui inisiatif MILO® Energy For Good, pelajar kami belajar bahawa tindakan kecil seperti mengitar semula boleh membawa perubahan besar. Kami komited untuk meneruskan usaha ini dan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Program Energy For Good dibina daripada usaha kitar semula UBC yang telah dijalankan MILO® dan Tetra Pak Malaysia selama lebih sedekad.

Sejak 2012, kerjasama ini telah mengumpulkan 6,554 tan UBC, bersamaan 500 juta pek melalui Project CAREton, yang menukarkan pek minuman kepada genting bumbung dan perabot untuk komuniti kurang bernasib baik.

Dengan kejayaan tahun pertama ini, MILO® bertekad untuk memperluas program Energy For Good, sekali gus mengukuhkan misi untuk membentuk generasi aktif dan berfikiran lestari, serta menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih hijau.

CATEGORIES
Share This