
MITI TIADA MAKLUMAN BERKAITAN DASAR PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA
KUALA LUMPUR,. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut kementerian itu, hal ini kerana perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).
“MITI berharap penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian itu membuat penjelasan berkenaan susulan kenyataan media KPM bertarikh 21 Sept, 2026 mengenai penyelarasan syarat pemilikan IPS di bawah kementerian berkenaan.
— BERNAMA
