KPWKM teroka, kembang inisiatif dalam talian

KPWKM teroka, kembang inisiatif dalam talian

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneroka dan memperkembangkan inisiatif dalam talian pada tahun ini bagi melaksanakan sistem penyampaian kepada masyarakat yang pantas dan efisien.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau berharap agar tahun ini pelbagai inisiatif dalam ta-lian terus diteroka, antaranya dalam memikirkan kaedah terbaik untuk memaklumkan notifikasi penyampaian bantuan kepada penerima bantuan menerusi telefon bimbit dengan pantas, efisien dan tepat.

Beliau berkata, usaha ke arah transformasi digital sememangnya perlu di-tingkatkan bagi memastikan masyarakat dan warga kementerian dapat mengadaptasi dengan perubahan cara kerja dalam norma baharu.

“Saya juga ingin berpesan kepada semua warga kementerian untuk terus memasakkan semangat be-kerja yang jitu, dan dapat mengadaptasikan norma kerja yang baharu tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2021 yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook KPWKM semalam.

Menurutnya, tahun ini KPWKM akan meneruskan pelbagai inisiatif dengan menambah baik program sedia ada, di samping memper-kenalkan pelbagai program baharu.

Rina berkata, program Kembara Prihatin Negara yang dilancarkan pada 1 November tahun lepas telah memberi manfaat kepada 124,423 individu selain menarik minat 40 sektor korporat, 91 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 1,372 sukarelawan sebagai rakan strategik.

“Sejak dilancarkan se-hingga 25 Januari lepas, 532 program telah dilaksanakan di seluruh negara menerusi program berbentuk ‘outreach’ yang menyediakan perkhidmatan bergerak de-ngan menghimpunkan semua agensi kementerian di bawah satu payung,” katanya.

Berikutan peningkatan kes-kes sosial akibat pandemik COVID-19 terutama yang melibatkan kanak-kanak pula, beliau berkata terdapat keperluan untuk menambah bilangan Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak di JKM.

Katanya, kementerian telah mengemukakan permohonan untuk melantik 1,122 orang Penolong Pegawai Pemba-ngunan Masyarakat Gred S29 secara perkhidmatan kontrak kepada Kementerian Kewa-ngan.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )