
KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL SUSULAN OPERASI BNM
KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM47.70 bilion daripada RM44.57 bilion sebelum ini, manakala dalam sistem Islam berkurangan kepada RM33.90 bilion daripada RM37.03 bilion pagi ini.
Terdahulu, BNM menjalankan satu tender repo berbalik.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM47.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM33.90 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.75 peratus setakat 30 Sept, 2026.
— BERNAMA
