COVID-19: Kes baharu 12,528, jumlah kumulatif kini lebih 900,000

COVID-19: Kes baharu 12,528, jumlah kumulatif kini lebih 900,000

KUALA LUMPUR,. Kes harian baharu COVID-19 di negara ini kekal mencatatkan angka melepasi 12,000 dengan 12,528 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di dalam negara kini telah melebihi 900,000 iaitu 905,851 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur (1,740); Negeri Sembilan (1,280); Kedah (701); Sabah (647) dan Johor (625).

Melaka pula mencatatkan 569 kes diikuti Perak (428); Pulau Pinang (396); Sarawak (388); Pahang (317); Kelantan (211); Terengganu (177); Putrajaya (41); Labuan (22) dan satu kes di Perlis.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )