
COVID-19: Kes baharu turun sedikit kepada 12,541 semalam – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR,. Jumlah kes harian COVID-19 hari ini turun sedikit berbanding semalam dengan merekodkan kes baharu sebanyak 12,541 kes.
Semalam, sebanyak 13,215 kes direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitter berkata perkembangan itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 893,323.
Katanya Selangor masih kekal negeri paling tinggi mencatatkan jangkitan dengan 5,512 kes diikuti Negeri Sembilan (1,619) dan Kuala Lumpur (1,542).
Negeri lain merekodkan kes di bawah 1,000 iaitu Johor 609 kes; Melaka (575;); Kedah (458); Sarawak (423); Pahang (382); Pulau Pinang (376); Sabah (326); Perak (299); Kelantan (225); Terengganu (102); Putrajaya (62); Labuan (24) dan Perlis tujuh kes.
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa