COVID-19: 19,991 kes baharu semalam – Dr Noor Hisham

COVID-19: 19,991 kes baharu semalam – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Kes baharu positif COVID-19 negara meningkat semula semalam apabila mencatat 19,991 kes, setelah tiga hari berturut-turut mencatatkan penurunan.

Semalam Malaysia merekodkan 17,236 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,299,767.

Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 7,338 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (2,374); Kedah (1,830); Sabah (1,383); Johor (1,344); dan Kelantan (1,030).

Perak pula merekodkan 953 kes; Sarawak (836); Pulau Pinang (743); Melaka (578); Negeri Sembilan (564); Pahang (539); Terengganu (378); Putrajaya (76); Perlis (24); dan Labuan (satu).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)