Ahmad Zahid pengerusikan mesyuarat MT UMNO

Ahmad Zahid pengerusikan mesyuarat MT UMNO

KUALA LUMPUR,. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Mesyuarat diadakan di Menara Dato Onn di sini, bermula kira-kira pukul 8.30 malam dan dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

Antara yang kelihatan hadir ialah Naib Presiden Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan langkah seterusnya yang harus diambil oleh parti itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Media tempatan dan antarabangsa berkumpul sejak pukul 7.00 malam tadi bagi menantikan kehadiran pemimpin tertinggi selain menunggu sekiranya ada persidangan media nanti.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )