AS gesa Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur

AS gesa Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR,. Amerika Syarikat (AS) terus menggesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan, menarik balik senjata berat, menghentikan pemasangan periuk api serta melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

Timbalan Jurucakap Utama Thomas “Tommy” Pigott berkata gesaan itu turut merangkumi mekanisme bagi mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu-isu sempadan.

“Kami mengalu-alukan pemimpin ASEAN yang berhimpun minggu ini bagi menyokong Kemboja dan Thailand demi menghormati sepenuhnya komitmen mereka dalam menamatkan konflik ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara AS pada Ahad.

Menteri-menteri luar dan pegawai ASEAN dijadual berhimpun di Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri mesyuarat khas untuk membincangkan situasi berterusan antara Kemboja dan Thailand.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This