Team Secret PUBGM harumkan nama Malaysia

Team Secret PUBGM harumkan nama Malaysia

KUALA LUMPUR,. Team Secret PUBG Mobile (PUBGM) Malaysia yang ditaja oleh Maxis telah mengharumkan nama negara dengan menjadi pasukan Malaysia teratas yang layak ke Final PUBG Mobile World League (PWML) East 2020, Ahad lalu.

Maxis menerusi kenyataan medianya semalam berkata, setelah berjuang selama tiga minggu di pentas popular eSports, pasukan ini berjaya membuktikan diri mereka sebagai raja ‘comeback’ dengan melayakkan diri ke acara bertaraf dunia, menentang 19 pasukan lain di seluruh Asia.

Jelasnya juga, Team Secret telah menduduki tempat kelima dalam siri League Play dan dengan bangganya akan mengibarkan bendera Malaysia di East Grand Finals pada 6 hingga 9 Ogos ini.

Maxis menjadi penaja pasukan Team Secret PUBG Mobile Malaysia setelah kerjasama dimeterai antara kedua-dua pihak pada Julai tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Jenama & Pemasaran Maxis Tai Kam Leong berkata, dedikasi dan ketekunan pemain Team Secret untuk terus melangkah maju dan mengangkat Malaysia di arena global eSports amat menginspirasikan.

“Kerjasama antara Maxis dan Team Secret secara kolektif telah mempromosikan pertumbuhan eSports Malaysia, sejajar dengan tujuan jenama kami iaitu untuk menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara terus menerajui dunia yang sentiasa berubah.

“Ia juga mengukuhkan komitmen kami untuk membantu mengembangkan minat eSports Malaysia dan seterus-nya menjadi hab eSports ter-atas di Asia,” katanya.

CEO Team Secret John Yao pula memaklumkan, pihaknya akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan sedia maklum bahawa kelayakan PMCO Global Prelims di Berlin tahun lalu tidak mencukupi.

“Kami mengubah taktik kami menjadi lebih serba boleh dengan menambah rakan sepasukan Malaysia, Rex dan tidak sabar untuk melihat cabaran yang menanti kami di East Finals dan bersedia untuk membanggakan negara.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis yang telah menyokong kami dalam melengkapkan dan mengaktifkan pasukan sambil terus mengembangkan budaya positif dalam eSports di Malaysia,” kata beliau.

Dalam melancarkan pusingan awal PUBGM baru-baru ini, Hotlink menganjurkan sesi live streaming PUBGM Pro Scrim eksklusif yang membolehkan Team Secret berlatih menentang 16 pasukan pro PUBGM teratas yang lain di seluruh Asia sebagai sesi ‘latihan’ prakejohanan.

Orang ramai boleh melayari laman Facebook Hotlink dan laman Facebook Team Secret untuk kemas kini yang lebih menarik.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )