TAR UMT Anjur Hari Terbuka Pengambilan Pada Mei – Jun

TAR UMT Anjur Hari Terbuka Pengambilan Pada Mei – Jun

KUALA LUMPUR,. Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) akan menganjurkan siri sesi Hari Terbuka sempena pengambilan Mei dan Jun yang masih berlangsung, bagi memberi peluang kepada bakal pelajar meneroka laluan akademik serta mendapatkan tempat pengajian.

Hari Terbuka tersebut akan diadakan pada 9 dan 10 Mei, 16 dan 17 Mei, serta 6 dan 7 Jun, dari jam 10 pagi hingga 5 petang di kampusnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah.

Sepanjang sesi ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan kakitangan akademik untuk mendapatkan nasihat kursus serta memahami pelbagai program yang ditawarkan oleh universiti.

Pengunjung juga berpeluang meneroka persekitaran dan kemudahan kampus, selain menjalani ujian panduan kerjaya bagi membantu bakal pelajar mengenal pasti program yang paling sesuai dengan minat serta aspirasi kerjaya mereka pada masa hadapan.

Tempoh permohonan bagi pengambilan Mei dan Jun masih dibuka dan orang ramai digalakkan untuk memohon semasa Hari Terbuka bagi mendapatkan tempat selagi kekosongan masih ada.

Tiada janji temu diperlukan dan pengunjung boleh hadir secara “walk in” sepanjang tarikh yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, kepada yang berminat boleh menghubungi pihak universiti di talian +603 4145 0100 atau +603 4145 0123 sambungan 3726, atau melalui telefon bimbit di +6011 1084 3326. Maklumat lanjut juga boleh didapati melalui laman web rasmi serta media sosial Facebook dan Instagram TARUMT.

CATEGORIES
Share This