
Selangor FC ke separuh akhir Piala Malaysia
KUALA LUMPUR, The Red Giants Selangor ke separuh akhir Piala Malaysia 2025-2026 selepas menyingkirkan Negeri Sembilan FC .
Selangor FC, membelasah Negeri Sembilan FC (NSFC), 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sekali gus membolehkan The Red Giants melebarkan kedudukan kepada agregat 6-1, hasil kemenangan 1-0 NSFC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.
Skuad kendalian Kim Pan-gon yang beraksi di laman sendiri memperoleh empat gol pada separuh masa pertama, masing-masing menerusi Faisal Halim (minit ke-2), Alvin Fortes (m-24), Nooa Laine (m-30) dan Quentin Cheng (m-45.).
Bersambung babak kedua, Selangor terus ‘garang’ apabila mendapat gol kelima menerusi jaringan Chrigor Moraes pada minit ke-66.
Gol saguhati NSFC diperoleh pada minit ke-73 selepas Jovan Motika menyempurnakan sepakan penalti.
Kuching City FC dan Selangor FC masing-masing dijadual bertemu dalam pusingan separuh akhir.
