Polis terima laporan tindakan VIP langgar PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 18 April — Polis telah menerima laporan berhubung tindakan beberapa orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan perjumpaan perkumpulan seperti yang tular di media sosial semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu kini diserahkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut

“Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Telah ada laporan polis dilakukan, kita serah kepada polis untuk ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, di sini, hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )