Polis rampas ketamin bernilai RM1.1 juta di Cheras

Polis rampas ketamin bernilai RM1.1 juta di Cheras

KUALA LUMPUR,. Polis merampas dadah jenis ketamin 19.6 kilogram dianggarkan bernilai RM1.1 juta yang diletakkan dalam but sebuah kereta di Kampung Baru Salak Selatan, Cheras, pada 30 September lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, polis turut menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 18 dan 28 tahun yang berada dalam kereta jenis Perodua Kembara itu di tepi jalan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata rampasan pada jam 4.30 petang itu dilakukan selepas anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu memeriksa kereta terbabit kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan 43 peket plastik lutsinar besar disyaki ketamin di but kereta dinaiki dua sahabat baik yang menganggur itu yang ia boleh dibekalkan kepada 40,000 penagih.

“Ketika tangkapan ingin dibuat, suspek yang berusia 28 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan anggota yang membuat pemeriksaan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Mohamed Mokhsein berkata hasil saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 18 tahun itu negatif manakala suspek berusia 28 tahun, positif dadah jenis ganja, Amphetamine dan Methamphetamine.

“Suspek berusia 18 tahun mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah manakala seorang lagi suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod lampau kes curi,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga Rabu depan dengan siasatan lanjut akan dite-ruskan bagi mendapatkan maklumat punca bekalan dan penglibatan pengedaran dadah itu.

Mohamed Mokhsein berkata polis juga sudah menge-nal pasti pemilik berdaftar kereta Perodua Kembara terbabit dan sedang memburu individu berkenaan bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamed Mokhsein berkata polis me-rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5,650 yang ditemui dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di perhentian bas di hadapan Lebuh Raya Besraya menghala Razak Mansion di Cheras, di sini, pada jam 11.40 pagi pada 30 September lepas.

Mohamed Mokhsein berkata dadah yang ditemui dalam kereta yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan itu ialah Methamphetamine seberat 118 gram, Erimin 5 (3.3 gram) dan ganja (3.7 gram) yang boleh dibekalkan kepada 250 penagih.

“Polis turut menahan seorang penganggur lelaki berusia 23 tahun yang mempunyai dua rekod lampau kes berkaitan dadah dan saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam (Khamis) sehingga Rabu depan de-ngan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 12(2)/(3), 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )