Peniaga salah guna lesen Program WBB berdepan tindakan senarai hitam – Annuar Musa

Peniaga salah guna lesen Program WBB berdepan tindakan senarai hitam – Annuar Musa

KOTA BHARU,. Peniaga yang menyalahgunakan lesen Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) dengan memberikannya kepada warga asing akan berdepan tindakan tegas termasuk disenarai hitam, selain lesen ditarik balik dan tidak dikembalikan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan membuat siasatan untuk memastikan hanya warga tempatan me-mohon WBB selain mereka tidak memperoleh lebih daripada satu lesen WBB itu.

Hingga kelmarin, program WBB ini menerima 3,300 permohonan daripada mereka yang mahu membuka perniagaan di kawasan ter-tentu di ibu negara, terutama mereka yang terjejas oleh pandemik COVID-19 dan golongan muda, katanya.

Annuar berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 1,700 permohonan sudah diluluskan dan hanya sebilangan kecil yang ditolak kerana memohon berniaga di kawa-san yang tidak dibenarkan.

“Sebahagian lagi dalam proses untuk diberikan kelulusan. Saya jangka hanya menerima 2,000 permohonan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan COVID-19 di Kampung Tokong, Ketereh di sini semalam.

Kira-kira 100 penduduk kaum Cina menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas pada majlis itu.

Annuar juga gembira kerana program itu diikuti oleh beberapa negeri lain.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )