NGO, individu penyumbang perlu koordinasi setiap bantuan

NGO, individu penyumbang perlu koordinasi setiap bantuan

PUTRAJAYA,. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa sekali lagi menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan yang ingin memberi bantuan kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya bekerjasama dengan kementeriannya.

Tegas beliau, koordinasi antara penyumbang yang diselaraskan di Pusat Pengurusan Krisis (CMC) di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, perlu bagi mengelakkan pertindihan di samping memastikan sukarelawan NGO tidak terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19.

“Kita bukanlah menghalang tetapi mahu menyelaraskan supaya tiada pertindihan. Selaraskan bantuan kepada kelompok yang lebih memerlukan.

“Tidak dinafikan terdapat kes-kes terpencil, ada yang ditemui NGO atau individu, ada juga daripada jentera barisan hadapan. Jangan jadikan ini isu tetapi fokus kepada cara untuk uruskan.

“Kalau tidak dapat berikan bantuan atas kapasiti, bawa maklumat itu kepada CMC dan kita akan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk membantu kes-kes terpencil,” jelasnya.

Katanya dalam sidang akhbar khas selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKKN WP) hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Saluran Pertiwi yang sepatutnya dilaksanakan semalam, akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas melakukan beberapa penambahbaikan selaras dengan hasrat untuk memastikan maklumat atau aduan dapat dibuat secara terus kepadanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )