Pemberian vaksin COVID-19 sudah melebihi 5 juta dos – Dr Adham Baba

Pemberian vaksin COVID-19 sudah melebihi 5 juta dos – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR,. Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini setakat semalam sudah melebihi lima juta dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat semalam, seramai 3,957,687 telah menerima dos pertama, manakala 1,553,033 lagi individu melengkapkan dos kedua menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 5,510,720.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 202,143 diikuti Sarawak (174,545), Johor (151,140), Perak (144,086) dan Kuala Lumpur (141,045).

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata sebanyak 180,066 dos diberikan semalam melibatkan 147,616 penerima suntikan pertama manakala 32,450 lagi dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,877,336 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )