Operasi disinfeksi diteruskan di Kampung Baru pagi ini

Operasi disinfeksi diteruskan di Kampung Baru pagi ini

KUALA LUMPUR,. Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di ibu kota yang telah mencatatkan sejumlah 396 kes positif sehingga semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meningkatkan lagi gerakan diinfeksi.

Kerja-kerja tersebut akan dilakukan pagi ini di sekitar Kampung Baru bermula pukul 8.30 pagi dari Jalan Dewan Sultan Sulaiman.

Ketika ini difahamkan, kawasan Flat Pkns di Kampung Baru dianggap sebagai spot epicentre jangkitan lantaran telah mencatatkan beberapa kes positif Covid-19.

Pihak DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp), Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. membentuk sebuah pasukan bagi menjalankan proses disinfeksi di kawasan panas yang di kategorikan sebagai kawasan merah.

Di Putrajaya, kerja-kerja disinfeksi akan dilakukan di kawasan sekitar pusat komersial Presint 15 yang sering menjadi tumpuan ramai.

Terdahulu, proses disinfeksi secara besarar-besaran telah dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa di kawasan Seri Petaling, Sabtu lalu melibatkan 100 orang pekerja dan diberikan peralatan khas bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi susulan arahan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Semalam proses disinfeksi siri kedua di kawasan Bukit Damansara yang turut dihadiri pegawai Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk mengambil sampel di kawasan terlibat.

Terkini, sebuah kondominium di Jalan Munshi Abdullah, di Kuala Lumpur menjadi tempat ketiga yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berkuat kuasa 31 Mac hingga 13 April ini.

Pelaksanaan PKPD di Menara One City itu diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan Covid-19.-WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )