Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu

KUALA LUMPUR,. Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di sini bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

Presiden Bersatu itu tiba di kawasan berkenan pada pukul 8.24 malam.

Turut kelihatan tiba di kawasan itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPT pertama dihadiri oleh Perdana Menteri setelah beliau selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir semalam, susulan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pascakabinet di pejabatnya disahkan positif COVID-19.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )