Muhammad Asyraf, Elvinn mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Kebangsaan

Muhammad Asyraf, Elvinn mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Kebangsaan

KUALA LUMPUR,. Bekas pemain skuasy kebangsaan Muhammad Asyraf Azan bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan pemain simpanan Shamiel Haeyzad Sharulhisam pada pusingan pembukaan divisyen perdana Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-36 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.

Muhammad Asyraf, pemain pilihan ke-5/8, tewas pada set pertama sebelum berjaya menundukkan Shamiel Haeyzad 9-11, 11-7, 11-6 dan 13-11, dan akan bertemu Hi Jia Rong pada pusingan kedua esok.

Jia Rong, pemain pilihan ke-21/26, mara ke pusingan kedua setelah mengetepikan pemain pilihan ke-13/16, M. Sudesh Kannah 11-7, 12-10 dan 11-4 pada pusingan pertama.

“Shamiel bermain dengan bagus, tetapi pengalaman saya sebagai bekas pemain kebangsaan banyak membantu untuk saya meraih kemenangan. Saya berharap dapat melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan ini,” kata Muhammad Asyraf kepada pemberita selepas perlawanan.

Elvinn Keo, pemain pilihan ke-5/8 turut menempah slot ke pusingan seterusnya selepas menyingkirkan pemain pilihan ke-21/26 Jess Tay Sin Kiong dengan 11-7, 11-6, 9-11 dan 11-9.

Keputusan Perdana Lelaki:

(Nota: [ ] menunjukkan kedudukan pemain pilihan)

[9/12] Darryl Gan Zi Kang kk [17/20] Muhammad Aqif Ampandi 11-7, 11-4, 11-9

[21/26] Hi Jia Rong kk [13/16] M. Sudesh Kannah 11-7, 12-10, 11-4

[5/8] Muhammad Asyraf Azan kk [21/26] Shamiel Haeyzad Sharulhisam 9-11, 11-7, 11-6, 13-11

[9/12] Siow Yee Xian kk [21/26] V. Loshmaan 13-11, 11-1, 11-3

[9/12] Danial Nurhaqiem Sharul Nizam kk [17/20] Andrik Lim 11-6, 11-13, 11-8, 11-8

[13/16] Muhammad Hafiz Zhafri kk [17/20] C. Ameeshenraj 11-9, 8-11, 11-7, 13-11

[13/16] Adam Agan Aziz kk [21/26] Andrew Lee 11-3, 8-11, 13-11, 7-11, 11-7

[5/8] Elvinn Keo kk [21/26] Jess Tay Sin Kiong 11-7, 11-6, 9-11, 11-9

[9/12] Muhammad Amir Amirul kk [21/26] Muhammad Fayyad Wajdi Hashim 11-2, 11-4, 11-3

[17/20] Wee Ming Hock Vincent Jones Jr kk [13/16] Valentino Bong 12-10, 12-10, 11-1

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )