KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DIJANGKA KEKAL STABIL MINGGU DEPAN – BNM

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DIJANGKA KEKAL STABIL MINGGU DEPAN – BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi sistem kewangan Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu melaksanakan operasi mudah tunai harian sepanjang minggu ini menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam, yang merangkumi murabahah komoditi bercagar serta perjanjian jual dan beli semula, bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM32.00 bilion daripada RM36.05 bilion minggu lepas.

Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM27.20 bilion daripada RM22.51 bilion pada akhir minggu lepas.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 17 Sept 2026.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This