![Gempa bumi sederhana landa Barat Daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi sederhana landa Barat Daya Sumatera, Indonesia](https://mediabatu.com/wp-content/uploads/2020/08/5d452a478c490-e1598067210268.jpg)
Gempa bumi sederhana landa Barat Daya Sumatera, Indonesia
KUALA LUMPUR,. Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera pada jam 8.39 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34 km.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa