COVID-19: 9,751 kes baharu semalam, sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya

COVID-19: 9,751 kes baharu semalam, sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 dalam negara mencatatkan sedikit penurunan apabila 9,751 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 9,890 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,323,478.

Selangor kembali menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan merekodkan 1,796 kes diikuti Sarawak (1,339), Kelantan (1,052), Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (632) dan Kedah (578).

Pahang pula mencatatkan 551 kes, Kuala Lumpur (313), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Perlis (94), Putrajaya (45) manakala Labuan dua kes.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )