COVID-19: 6,437 kes baharu semalam, kumulatif kes 745,703 – KP Kesihatan

COVID-19: 6,437 kes baharu semalam, kumulatif kes 745,703 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 6,437 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 745,703, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,361); Negeri Sembilan (700); Kedah (284); Johor (271); Melaka (252); Pahang (250) dan Sarawak (242).

Selain itu, Perak mencatatkan 184 kes diikuti Sabah (178); Kelantan (131); Labuan (117); Pulau Pinang (115); Putrajaya (32); Terengganu (21); manakala tiada kes baharu di Perlis.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )