Deposit bazar antara soalan diajukan dalam PERTIWI

PUTRAJAYA,. Sejak dilancarkan empat hari lalu, talian Pertanyaan dan Aduan Kepada Menteri Wilayah Persekutuan (PERTIWI) dihujani pelbagai mesej dan pertanyaan daripada warga kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, selain persoalan tentang waktu operasi restoran pada bulan Ramadan dan pelaksanaan kebun bandar, antara persoalan yang paling banyak diutarakan adalah berkaitan pemulangan duit deposit yang dikutip penganjur Bazar Ramadan di ibu kota.

“Soalan daripada Nora Abu Bakar Sidik dari Kampung Baru, berkaitan pemulangan duit dposit yang dikutip penganjur Bazar Ramadan, Jawatankuasa Malay Agricultural Settlement (MAS) yang kutip di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang melebihi rm500,” katanya dalam LIVE Facebook hari ini.

Menjawab pertanyaan tersebut, ujar Annuar, penganjuran bazar dilakukan oleh persatuan di kawasan masing-masing, bukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan setiap lokasi mempunyai perjanjian atau pengurusannya yang tersendiri.

Justeru ujar beliau, pihaknya tidak boleh menetapkan sebarang peraturan berkaitan perkara tersebut kerana ia bukan di bawah pengurusan DBKL sebaliknya antara persatuan dan ahlinya.

Menyedari kekeliruan sesetengah pihak berhubung penganjuran Bazar Ramadan, jelas beliau, bazar tidak dianjurkan DBKL sebaliknya hanya mengeluarkan lesen berniaga yang dikenakan bayaran sebanyak RM120 dan ia telah dipulangkan kepada peniaga.

“Tetapi kita beri nasihat, di saat para penjaja memerlukan wang untuk berbelanja dan tidak dapat berniaga, nak buka bazar pun tak dapat, wang yang dikutip seeloknya dipulangkan semula kepada peniaga. Kita tidak boleh nak buat dalam bentuk peraturan sebab itu tidak kena mengena dengan bandaraya, itu antara persatuan dan ahlinya,” tegasnya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )