COVID-19: Perlumbaan F1 Bahrain dan Vietnam ditangguh

COVID-19: Perlumbaan F1 Bahrain dan Vietnam ditangguh

KUALA LUMPUR,. Perlumbaan Formula Satu Bahrain dan Vietnam menjadi mangsa terkini pandemik COVID-19 global, apabila penganjur perlumbaan itu membuat keputusan untuk menangguhkannya.

Grand Prix Bahrain (GP) dijadualkan dari 20-22 Mac dan GP Vietnam (3-5 April), kini menyertai GP China (17-19 April) yang akan ditundakan ke satu tarikh kemudian, manakala perlumbaan pembukaan musim 2020, GP Australia yang sepatutnya diadakan hujung minggu ini, dibatalkan semalam.

Formula 1 dan Federasi Permotoran Antarabangsa (FIA) berkata, mereka akan terus bekerjasama dengan promoter perlumbaan di Bahrain dan Vietnam untuk memantau situasi dan melihat kemungkinan tarikh baharu untuk kedua-dua perlumbaan tersebut.

“Sebagai keputusannya, Formula 1 dan FIA menjangkakan untuk memulakan perlumbaan itu di Eropah pada hujung Mei, namun disebabkan peningkatan mendadak COVID-19 di Eropah kebelakangan ini, ia akan dikaji semula,” menurut kenyataan tersebut.

Tiga perlumbaan GP yang seterusnya adalah Zandvoort, Belanda (3 Mei); Barcelona, Sepanyol (10 Mei); dan Monte Carlo, Monaco (24 Mei).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )