COVID-19: 6,241 kes baharu, pengurangan 1,211 kes semalam – Dr Noor Hisahm

COVID-19: 6,241 kes baharu, pengurangan 1,211 kes semalam – Dr Noor Hisahm

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 hari ini terus mencatat penurunan apabila merekodkan 6,241 kes berbanding 7,452 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 616,815 kes.

Menurutnya, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,178 diikuti Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271) dan Kelantan (270).

Selain itu, Melaka dengan 225 kes, Labuan (212), Perak (174), Terengganu (158), Pahang (155), Kedah (125), Putrajaya (30) dan Perlis (2).

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )