COVID-19: Kes baharu 19,057 menurun semalam – Dr Noor Hisham

COVID-19: Kes baharu 19,057 menurun semalam – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 dalam negara semalam menurun kepada 19,057 berbanding 19,378 kes hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi hantaran dalam laman Facebook dan Twitter berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,824,439 kes.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,775 kes, diikuti Sarawak (2,723), Sabah (2,279), Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).

Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 711 kes, Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan sembilan kes.

Mengenai status terkini kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 71 peratus melibatkan katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 87 peratus adalah katil ICU.

Bagi peratusan kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 setakat semalam pula, sebanyak 62 peratus daripada populasi keseluruhan telah menerima dos pertama manakala 47.8 peratus lagi telah lengkap menerima suntikan vaksin.

Mengikut populasi dewasa pula, beliau berkata sebanyak 86.6 peratus telah menerima dos pertama dan 66.7 peratus telah melengkapkan dos vaksin mereka.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)