COVID-19: 21,468 kes baharu semalam, Selangor kekal tertinggi

COVID-19: 21,468 kes baharu semalam, Selangor kekal tertinggi

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 di negara ini menurun sedikit kepada 21,468 kes semalam berbanding 21,668 dilaporkan pada hari sebelumya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,363,683 berbanding 1,342,215, semalam.

Beliau berkata Selangor kekal menjadi negeri merekodkan kes tertinggi berjumlah 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807) , Sabah (1,654) dan Johor (1,485).

Sebanyak 1,316 kes pula direkodkan di Pulau Pinang, Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )