
NORTHERN SOLAR PEROLEH PROJEK EPCC BERNILAI RM34 JUTA
KUALA LUMPUR,. Northern Solar Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Northern Solar Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM34 juta bagi pembangunan loji fotovoltaik solar berskala besar berkapasiti 9.50-megawatt (MW).
Menurut syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, surat lantikan (LOA) bagi projek itu telah diterima pada 7 Oktober 2026.
Syarikat itu turut memaklumkan bahawa projek tersebut dijadualkan memulakan operasi secara komersial menjelang 1 Mei 2027.
“Berikutan peruntukan kerahsiaan dalam LOA, identiti pihak yang memberikan LOA itu tidak dapat didedahkan,” menurut syarikat itu.
Selain itu, syarikat tersebut memaklumkan bahawa projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027 dan seterusnya.
“Lembaga pengarah menyatakankan bahawa ia tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa timbul daripada projek itu, selain risiko operasi dan pelaksanaan yang biasa,” menurut syarikat itu.
— BERNAMA
