Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda

Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda

KUALA LUMPUR,. Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.

Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh ditembak komunis.

Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang memegang jawatan KPN selama 20 tahun sebelum bersara pada 16 Jan 1994.

Setahun selepas memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara, Mohammed Hanif mengasaskan unit antipengganas elit, Unit Tindakan Khas (UTK) pada 1 Jan 1975 serta mengambil bahagian dalam operasi menyelamat dalam krisis tebusan bangunan AIA pada Ogos, tahun sama.

Selain itu, antara jasa beliau yang akan terus dikenang rakyat Malaysia ialah menamakan Balai Polis Bluff Road kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 25 Mac 1975.

Pada 8 Jun 1976, Mohammed Hanif mengumumkan semua rekrut polis akan berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan sebelum ditugaskan ke unit lain bagi memastikan semua anggota polis muda akan dapat menangani sebarang situasi kecemasan apabila mereka dilengkapi dengan latihan di dalam hutan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )