Kanak-kanak jatuh longkang di Bandar Puncak Alam ditemukan lemas

Kanak-kanak jatuh longkang di Bandar Puncak Alam ditemukan lemas

SHAH ALAM,. Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Puncak Alam di sini pada Selasa lepas, ditemukan lemas di Sungai Buloh, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira 1 tengah hari pada jarak enam kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di Lorong Cakera Purnama 12/27.

Ahmad Mukhlis berkata mayat mangsa kemudian dibawa naik oleh anggota penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan proses pengecaman.

“Bagi operasi hari ketiga yang bermula awal pagi tadi, anggota penyelamat melakukan pencarian di permukaan air dan teknik penyelaman di dua kawasan tumpuan yang menghala ke sungai.

“Operasi bersepadu ini turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM bagi mengesan kedudukan mangsa di kawasan liputan pencarian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat dalam kejadian pada 3.30 petang, 28 April lepas.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This