
Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan susulan operasi BNM
KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang berterusan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari melalui repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Pada asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.29 bilion pada Jumaat berbanding RM26.50 bilion yang dicatatkan dalam minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM20.70 bilion daripada RM28.40 bilion sebelumnya.
Setakat 21 Jan 2026, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus.
–BERNAMA
