
INDONESIA HASRAT PERERAT HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA SELEPAS 69 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK
KUALA LUMPUR,. Indonesia berhasrat mempererat hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama terjalin dengan Malaysia, berlandaskan hubungan diplomatik yang menjangkau hampir tujuh dekad, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya.
Beliau berkata kedua-dua negara telah membina hubungan persahabatan yang erat dan kerjasama kukuh sepanjang 69 tahun lepas, yang berakar umbi daripada sejarah, budaya dan hubungan kekeluargaan yang dikongsi bersama.
“Kami berharap dapat mempererat lagi perkongsian ini dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk kedua-dua negara serta rakyat kita,” katanya pada majlis resepsi sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-81 di sini pada Jumaat.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu.
Duta Besar itu turut menyampaikan ucapan dan salam mesra daripada Indonesia kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia yang disambut awal minggu ini.
— BERNAMA
