Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

KUALA LUMPUR,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) hari ini menarik balik pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perkara itu disahkan Unit Komunikasi Korporat KMM sambil menegaskan keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM yang ditubuhkan pada 9 Jun lalu.

“Ia (MPKM) akan terus berperanan membincang dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat kementerian,” kata KMM dalam satu kenyataan.

Pelantikan Paulsen sebagai Ahli MPKM mencetuskan bantahan daripada pemimpin UMNO dan PAS, dua parti dominan dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa peguam itu sebelum ini lantang menghina agama dan institusi Islam menerusi laman sosial.

Antara yang mempersoal pelantikan Paulsen ialah Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )