COVID-19: 7,049 kes sembuh tertinggi dicatatkan semalam

COVID-19: 7,049 kes sembuh tertinggi dicatatkan semalam

KUALA LUMPUR,. Malaysia mencatatkan 7,049 kes sembuh COVID-19 hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak wabak itu melanda negara, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 508,947, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 16 Feb lepas, negara melaporkan 5,718 kes sembuh daripada virus itu.

Beliau berkata 103 kematian dilaporkan hari ini dan kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas adalah 8,209 orang, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 595,374 kes.

Ini menjadikan jumlah kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu kembali meningkat berbanding 7,703 kes semalam, dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi pada 3,125.

Menerusi kenyataannya hari ini, Dr Noor Hisham berkata kesemua mangsa kematian berusia lingkungan 27 hingga 97 tahun, dengan majoritinya mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata kes aktif kini mencecah 83,331 orang, manakala 880 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 446 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi pecahan kes mengikut negeri, Kuala Lumpur mencatatkan 801 kes, Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373) dan Melaka (322).

Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 303 kes, Sabah (203), Pahang (135), Terengganu (127), Labuan (62), Putrajaya (33) dan Perlis (5).

Sementara itu beliau memaklumkan 24 kluster baharu dikenal pasti dengan 19 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu kluster pendidikan iaitu Jalan Damai Budi di Kuala Lumpur.

“Lima kluster tempat kerja di Selangor iaitu Tapak Bina Bandar Sunsuria, Tapak Bina Jalan Wawasan, Tapak Bina Persiaran Bukit Raja, Jalan Manan 2 dan Taman Sentosa. Selain itu, kluster tempat kerja lain ialah Jalan Brooke (Sarawak), manakala Jalan Flora Utama, Jalan Murni Lapan, Jalan Angkasa Mas Satu serta Jalan Paya masing-masing di Johor.

“Tiga kluster tempat kerja di Kelantan iaitu Kampung Aur, Jalan Sri Aman dan Jalan 4A Padang Tembak, dua di Pulau Pinang iaitu Industri Perai Empat dan Jalan Pasar Bukit Mertajam manakala Jalan Coastal Sembulan (Sabah), Jalan Tembaga Kuning (Perak), Industri Gebeng (Pahang) serta Putra Empat (Putrajaya),” katanya.

Kenyataan itu memberitahu bagi kluster komuniti pula melibatkan Sungai Selangan di Sarawak, Jalan Cendana (Johor) dan Kampung Mat Daling serta Batu Hitam, masing-masing di Pahang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )