Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

KUALA LUMPUR,. Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia pada 12 tengah hari ini.
Di seluruh dunia, terdapat 170,426,245 kes COVID-19 termasuk 3,548,628 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.

Sebanyak 1,579,416,705 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia pada 30 Mei.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu. India turut menyaksikan penurunan jumlah kes baharu harian.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)