COVID: 11,985 kes baharu dilaporkan semalam – KP Kesihatan

COVID: 11,985 kes baharu dilaporkan semalam – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR,. Sejumlah 11,985 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 951,884.

Selangor mencatatkan 5,550 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (1,174); Kedah (800); Negeri Sembilan (745); Johor (644); Pahang (603) dan Sabah (474).

Melaka pula merekodkan 453 kes; Kelantan (386); Pulau Pinang (362); Perak (274); Sarawak (261); Terengganu (171); Putrajaya (51); Labuan (35) dan Perlis (dua).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )