Banjir semakin pulih, hanya dua PPS masih beroperasi di Sepang

Banjir semakin pulih, hanya dua PPS masih beroperasi di Sepang

SHAH ALAM,. Keadaan banjir di Selangor semakin pulih dengan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil, Sepang, malam tadi.

Pegawai Operasi Unit Pengurusan bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir ketika dihubungi hari ini berkata PPS yang menempatkan kira-kira 24 mangsa banjir itu ditutup pada 9.30 malam.

Beliau berkata hanya dua lagi PPS masih beroperasi iaitu Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil yang menempatkan 39 mangsa daripada sembilan keluarga dan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dengan 55 mangsa daripada 14 keluarga.

Hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada Selasa lepas di daerah Sepang dan Hulu Langat menyebabkan paras air Sungai Semenyih meningkat sehingga melimpah ke kawasan berpenduduk.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )