25 Setiausaha Politik Menteri Kabinet angkat sumpah jawatan

25 Setiausaha Politik Menteri Kabinet angkat sumpah jawatan

PUTRAJAYA,. Seramai 25 Setiausaha Politik kepada Menteri-Menteri Kabinet menyempurnakan upacara mengangkat sumpah jawatan di sini hari ini.

Majlis ringkas yang diadakan di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali.

Upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nardin Awang.

Turut mengangkat sumpah ialah Budiman Mohd. Zohdi sebagai Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa.

Budiman merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Besar.

Berikut senarai Setiausaha Politik yang mengangkat sumpah hari ini:

1. Datuk Mohd Nardin Awang
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

2. Saiful Adli Mohd. Arshad
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

3. Azlinda Abdul Latiff
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

4. Muhammad Hilman Idham
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Perdagangan dan Industri

5. Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohammad
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pertahanan

6. Hamzah Brahim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Kerja Raya

7. Fadli Hafiz Che Yusoff
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pendidikan

8. Dr Mohd. Zuhdi Marzuki
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air

9. Khamarulazlan Mohamad Hanafiah
Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia

10. Dato’ Armizan Mohd. Ali
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

11. Datin Maizatul Akmam [email protected] Badawi
Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi

12. Samad [email protected]
Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan

13. Zahari Kechik
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

14. Sayed Amir Muzakkor Sayed Mohamad
Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri

15. Budiman Mohd. Zohdi
Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan

16. Dato’ Ahmad Darus
Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan

17. Azizan Md. Zain
Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli

18. Abd. Halim Jalil
Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri

19. Datuk Md. Jais Sarday
Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara

20. Dato’ Shamsul Najmi Shamsuddin
Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan

21. Lidam Anak Assan
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

22. Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

23. Wan Rohimi Wan Daud
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

24. Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin
Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

25. Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

– WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )