PM Anwar Merafak Sembah, Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

PM Anwar Merafak Sembah, Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau bagi pihak seluruh rakyat, mendoakan Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, serta seluruh Kerabat Diraja, dianugerahkan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan berpanjangan, serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah-Nya

“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta.

“Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid mendoakan Seri Paduka Baginda dianugerahkan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, serta dilimpahi keberkatan dalam memayungi rakyat dan negara.

“Daulat Tuanku!,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, turut merafak sembah dan mengucapkan tahniah.

“Sembah Takzim daripada patik serta seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Dirgahayu Tuanku,” katanya.

oleh
BERNAMA

CATEGORIES
Share This