Pengusaha pusat tuisyen diingat patuh SOP apabila mula beroperasi

Pengusaha pusat tuisyen diingat patuh SOP apabila mula beroperasi

KUALA LUMPUR,. Pengusaha pusat tuisyen diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila memulakan operasi pada 8 Mac depan.

Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia Mohd Noor Shafizzal Termizi berkata berkata pihaknya menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan semalam mengenai pembukaan institusi itu.

“Syukur Alhamdulillah, pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pengusaha pusat tuisyen seluruh negara. Semoga ia dapat memberi sinar baharu kepada semua pengusaha yang terjejas.

“Walaupun statistik COVID-19 nampak terkawal dalam tempoh dua minggu ini namun kita tidak harus leka. Jadi saya mohon semua pengusaha pusat tuisyen sentiasa mengikut dan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan. Penularannya masih belum berakhir,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengumumkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 1 Mac depan manakala institusi pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen akan dibuka pada 8 Mac.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)