PAU2020: Acara naik bendera dahului majlis perasmian

PAU2020: Acara naik bendera dahului majlis perasmian

KUALA LUMPUR,. Perhimpunan Agung UMNO 2020 dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Acara menaikkan bendera pada perhimpunan kali ini dikawal rapi Skuad Sabil bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada 8 pagi disambut Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan.

Zahid selepas itu menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh perwakilan yang hadir menyaksikan acara tersebut.

Perhimpunan selama dua hari sejak semalam itu diadakan secara hibrid sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Edisi kali ini yang berlangsung selepas setahun ditangguhkan akibat COVID-19 dibuat secara sederhana selain tiada gerai jualan dan kunjungan orang ramai.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)